Wednesday, September 7, 2011

Muntah #1.

Kau tahu, sakit itu datang lagi. Ibarat sakitnya pepasir dan pohon kelapa yang ditampar tsunami yang sedang membara marahnya pada manusia. Ibarat sakitnya apabila luka berdarah ditabur dengan garam. Ibarat sakitnya epidermis apabila dicurah dengan asid celaka.

Kali ini lebih parah. Parah sangat. Aku seperti mahu menjerit, seperti mahu dilontarkan sahaja suara tidak lunak merdu ini ke langit. Biar langit menampung segala muntahan jiwa aku. Tapi.. aku gagal lagi.

Air mata tidak lagi mampu untuk menonjolkan diri. Barangkali sudah penat, sudah jemu menjalankan tugasnya. Barangkali dia juga ingin rehat, duduk senyap senyap di dalam mata itu sendiri. Lalu, apakah lagi caranya bagi aku melampiaskan kesedihan ini? Kesakitan ini?

Hati membungkam, hati menyuram. Tiada cara lagi. Mungkin, menoreh jantung itu sendiri adalah penawar terbaik ketika ini.



No comments:

Post a Comment