Malam sejuk. Hitam, pekat. Di setiap lengkuk tubuh itu dia menjilat. Dicium cium, diramas ramas benjolan lembut empuk itu. Tubuh indah milik sang perawan dirangkul kemas, dipeluk serapat rapatnya. Malam ini kau laukku. Malam ini kita menyatu.
Ah, peristiwa 4 tahun lalu masih melingkar dalam ruang kotak emosi. Dan setiap satu motion pada malam itu terus menerus hidup di dalam kubikel memori. Sangat terperinci. Semua masih segar. Tidak lapuk dek masa, tidak lekang dek zaman.
Di atas bumbung flat buruk di pinggir kota itu dia duduk. Pandangan mata yang redup dan kuyu itu dilemparkan jauh jauh ke tengah kota. Dan setiap bangunan cantik berlampu tapi mati itu dipandang. Senyum. Kemudian mengeluh.
Lalu direbahkan badan menghadap langit. Bulan penuh malam ini. Cantik. Ditenung lalu dipuji.
Degupan jantung yang normal tiba tiba sahaja bergerak laju. Bagai ingin pecah, bagai dipam dipam. Darah seolah olah menggelegak. Panas, tubuh yang kecil itu kepanasan. Kepanasan di tengah tengah malam. Kemeja sendat bercorak piramid bermata satu itu terkoyak sedikit demi sedikit. Dia mengalami tumbesaran secara tiba tiba. Dan setiap transformasi badan itu dirasakan sungguh perit. Sungguh pedih. Sakitnya ibarat duri duri yang sudah lama tersimpan di dalam badan yang sudah tidak tertahankan lagi untuk terus hidup di dalam tubuh. Kulit sawo matang itu mula berubah warna. Bulu bulu kelabu mula menunjukkan diri. Memenuhi setiap pori pori yang ada.
Sakit. Dia menjerit. Gigi arnab miliknya kini hilang. Tumbuh taring yang tajamnya ibarat serigala. Anak mata hitam kini bertukar merah. Merah menyala. Ah dia menjerit. Ah dia menyalak. Dia kaget. Sudah 4 tahun dia tahan. Sudah 4 tahun dia kawal. Namun malam ini dia gagal.
Celaka. Sudah pukul 12 tengah malam.
Dia, seorang mutant, ingin mencari sang perawan lagi buat malam ini. Seorang perawan mampu bertahan selama 4 tahun. Dia tidak ingin mengalami transformasi ini lagi. Maka mahu tidak mahu, dia harus mencari lauk lebih. Mungkin, semua perawan di sekitar pinggir ibu kota itu akan menjadi mangsanya pada malam ini.
Agar untuk 4 tahun berikutnya, dia tidak perlu menghadapi kesakitan ini lagi.

No comments:
Post a Comment