Tuesday, January 10, 2012

Last.

Hati yang semakin hitam membungkam. Aku sakit. Sakit bagai tiada ubatnya lagi. Sudah dijampi dengan pelbagai kata kata amukan, cacian dan amarah kepada engkau. Namun entah apa kurangnya adunan jampian itu, kau terus menerus melemparkan pujuk rayu murahan itu. Argh, aku semakin sakit! Sakit mendengar!

Dan lalu malam itu bagaikan tidak tertahan nanah di hati, luka dan rasa jelik tiapkali kau memujuk rayu. Dalam kegelapan malam, aku meredah hujan yang seakan mengerti apa yang aku rasakan. Kilat berdentum seakan memahami betapa perit dan marahnya aku terhadap kau.

Dalam keadaan separuh sedar itu aku ternampak pintu merah itu. Pintu yang mana di dalamnya terdapat satu jasad bernyawa, milik engkau.

Kayu besi di dalam genggaman tangan kanan ku semakin kuat aku ramas. Urat urat belikat yang selama ini tersimpan di sebalik kelembutan sudah mula kelihatan. Malam ini bakal hilang satu nyawa di hujung kayu besi ini.

Tok tok tok..

Pintu dibuka..

Selamat tinggal.

Kayu itu dihayunkan tepat ke atas kepala. Tubuh besar milik jejaka durjana mulai rebah ke bawah. Dan aku mula hilang segala kewarasan dan kebijaksanaan yang terpendam. Bagaikan diracuni dadah, tanganku laju mengangkat dan memukul kepala jejaka jahanam. Biar, biarkan darah ini memercik di setap dinding rumah kau, biarkan ianya membasahi baju ku, biarkan ianya mengenai wajahku.

Tak cukup. Aku rasa tak cukup dengan hanya memukul kepala. Biarpun kau sudah tidak menjerit dan bertindak balas, namun aku masih rasa tidak puas. Aku ke dapur, mencari objek yang lebih kejam, lebih tajam.

Pisau pemotong daging itu aku capai,kali ini biar aku keluarkan segala isi jantung kau. Supaya kau tidak lagi mempunyai rasa cinta terhadap aku.

Bahagian kiri dada engkau menjadi sasaran. Cuk! Cuk! Cuk! Setiap kali pisau ini dibenam, setiap kali itu jugalah darah memancut mancut ke muka aku. Ah! Kelat dan hanyir! Sememangnya kau seorang yang kotor dan kejam. Kerana itu lah darah kau sangat busuk!

Ah! Aku jumpa, jantung kau masih segar kemerah merahan. Lagak seperti seorang doktor pakar jantung, dengan tiada rasa bersalah aku mengambil jantung milik jejaka sialan itu.

Apa yang ingin aku buat dengan jantung ini? Simpan? Makan? Jual?

Aawooooo.

Ya, bagi anjing yang kelaparan di luar sana.

Selamat tinggal. Selepas ini hidup aku akan lebih bahagia, tidak akan dicemari dengan panggilan dan sms dari kau lagi.

1 comment: